Thumbnail for Asas Pengurusan Kesakitan (EPM)
Module

Asas Pengurusan Kesakitan (EPM)

Published:

308

About

Kursus Essential Pain Management (EPM) direka khas untuk semua petugas kesihatan yang berinteraksi dengan pesakit yang mengalami kesakitan—termasuk doktor, jururawat, pakar, pelajar, ahli fisioterapi, ahli farmasi, dan juga pentadbir. Kursus ini sesuai untuk pelajar prasiswazah.

EPM Dalam Talian mengambil kandungan daripada kursus EPM penuh, yang direka untuk disampaikan secara bersemuka. Kursus ini mengambil masa kira-kira 2.5 jam untuk diselesaikan dari awal hingga akhir. Anda boleh berhenti seketika, menyimpan kemajuan anda, dan kembali semula pada bila-bila masa yang sesuai—kursus ini tidak perlu diselesaikan dalam satu sesi.

EPM Dalam Talan mengandungi beberapa video, dengan pengajaran interaktif dan visual bersama dengan pembelajaran berasaskan teks. Kursus ini termasuk bahagian sumber dengan pautan dan maklumat tambahan untuk mereka yang ingin mengakses ini.

Kursus ini mengandungi ujian pra-kursus, beberapa ujian mini sepanjang kursus, dan ujian pasca kursus. Untuk melayakkan diri menerima Sijil Tamat Kursus, peserta perlu mencapai markah minima 80% dalam ujian pasca kursus. Sijil ini boleh digunakan sebagai rekod pembangunan profesional anda. Sekiranya anda ingin memperbaiki pencapaian, anda boleh menyemak semula kandungan kursus dan menduduki semula ujian pasca kursus. Untuk mengakses sijil anda, anda perlu melengkapkan penilaian ringkas terhadap kursus.

Pasukan EPM mengalu-alukan sebarang maklumbalas mengenai kursus ini — anda boleh memberi komen di bawah atau hangar emel kepada kami di EPM@anzca.edu.au

Sila berikan maklumbalas mengenai kursus ini atau kongsi pengalaman anda dengan EPM dengan memberi komen di ruangan di bawah.

Host

Essential Pain Management logo
Essential Pain Management
Non-Government Organisation

Presenters

Roger Goucke
Roger Goucke
Anaesthesiologist
Wayne Morriss
Wayne Morriss
Anaesthesiologist
Dr Mary Suma Cardosa
Dr Mary Suma Cardosa
Pain Medicine

Join the community and start earning CPD hours today.

Free for all healthcare professionals.